Maksud Di Sebalik Cash On Delivery, Consignment, Bill To Bill Dan Out Right

Maksud di sebalik Cash On Delivery, Consignment, Bill to Bill dan Out Right

https://tmrtech.ordersini.com/

https://tmrtech.ordersini.com/

"Kak, saya nak letak kerepek akak dikedai kawasan rumah saya, tapi saya tak faham bila taukey kedai mula menyebut tentang consignment, bill to bill,."

.

Ramai yang nak letak produk di kedai-kedai, tapi tak faham bagaimana urusniaga dijalankan. Ada keberanian untuk bertanya pada taukey kedai, tapi bila taukey kedai terangkan mengenai terma pembayaran, kita jadi keliru dan tak faham.

.

Harini akak nak tolong terangkan makna terma urusniaga ni, semoga dapat memberi sedikit kefahaman ye.  

.

1) CASH ON DELIVERY :

-Bawa produk ke kedai, dan taukey kedai terus bayar

-peniaga terus dapat wang tunai

-ringkasannya : bawa barang, terus bayar

.

2) CONSIGNMENT :

-Bawa produk ke kedai, tinggal kan dalam waktu yang ditentukan (contoh 30hari) , datang semula setelah 30hari, taukey kedai hanya akan bayar "YANG TERJUAL SAHAJA"

-Kedai tak nak tanggung risiko barang tidak terjual

-dalam tempoh 30hari, servis cek barang atau restock barang boleh dilakukan tiap minggu untuk memastikan barangan (contoh produk makanan) masih dalam keadaan baik.

-ringkasannya : terjual dulu baru bayar.

.

3) BILL TO BILL :

-Letak barang dahulu di kedai,

Bayaran dibuat apabila kita membuat penghantaran produk seterusnya.

-Risiko barang tidak terjual terletak pada pemilik produk.

-Sekiranya produk kategori fast moving items, bayaran diterima baik untuk pusing duit cash flow bisnes.

-Sekiranya produk kategori slow moving items (contoh : periuk atau barangan plastik) bayaran dibuat boleh mengambil masa berbulan bulan selagi produk tak terjual.

-ringkasannya : letak barang dikedai, terjual baru bayar, tapi sebelum restock barang, pekedai ada hak untuk menolak restock produk atau menunggu produk habis terjual baru bayar sekiranya slow moving.

.

4) OUTRIGHT :

-Pekedai akan membayar semua produk walaupun tak laku

-Risiko produk tak laku terletak ditangan Pekedai.

-Bayaran mungkin cash penuh atau dalam tempoh tertentu yang pekedai tetapkan.

-Kemungkinan harga Outright dengan harga Consignment sedikit berbeza.  

-Outright lebih murah kerana risiko beralih daripada pemilik produk kepada taukey kedai.

-Ringkasannya : bawa barang, taukey kedai berminat bayar penuh tapi mungkin harga jadi lebih murah kerana pekedai yang tanggung risiko andai produk tak laku.

 

https://tmrtech.ordersini.com/

https://tmrtech.ordersini.com/